Friday 27 April 2012

formula-formula kejayaan

    • Formula utk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya 
    • formula utk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan
    • formula utk mendapat syurga adalah tauhid
    • formula utk mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluknya
    • formula utk mendapat kebaikan adalah kejujuran
    • formula utk mendapat hati yg hidup adalah merenungkan al-Quran, berdoa pada waktu malam, dan meninggalkan perbuatan dosa
    • formula utk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dgn baik
    • formula mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar
    • formula utk mendapat kebahagiaan adalah takwa
    • formula utk mendapat bertambahnya nikmat adalah bersyukur
    • formula utk mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak(zuhud) dgn dunia
    • formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa
     

     

Wednesday 25 April 2012

Cints Ibarat Pelangi

Cinta padamu Ya Rabbi bagaikan pelangi,
          Indah dengan warnanya,


 Diri ini hanya mengharap agar terik hingga ke petang,
          Tapi kadangkala gerimis hadir di tengahari,


Biarpun demikian pelangi tidak pernah alpa menjelma,
          setiap kali gerimis mengundang,




            Begitulah cinta agungku padamu,
Biarpun pelbagai onar dan liku yang ku tempuhi,
Cinta agungku tetap ada untukmu Ya Rabbi hingga
             ke penghujung hayatku,


Kerana dengan kasih cinta yang mekar mewangi
             di lubuk hati,
Akan membuahkan kasih suci cinta yang abadi dalam
  menghadapi liku-liku kehidupan di alam fana ini,


Demi menjadi insan yang taat dan patuh pada segala
             perintah Mu
Dalam menegakkan panji-panji Islam di alam yang
             sementara ini.