Friday 30 December 2011

Mesut Kurtis - Burdah | مسعود كرتس - البردة

KAWAN DI AKHIR ZAMAN ..

Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita ketemui,
Yang benar-benar sibuk,
Dengan urusan baiki diri nya,
Yang ada kini hanya,
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia,
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.


Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita ketemui,
Yang bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat,
Yang sanggup bersusah dan penat,
Dalam mengejar dan memahami ilmu berguna,
Yang ada kini hanya lah,
Berbangga dengan ijazah yang menjela,
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita ketemui,
Ahli professional yang bertaqwa,
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa,
Menggunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana,
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka,
Yang hidupnya lebih barat dari barat,
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan,
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar,
Yang ada hanya,
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada,
Bersahabat untuk mendapat laba.


Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita temui,
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri,
Yang menghidupkan ilmu yang ada,
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka,
Yang ada hanyalah,
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain,
Yang menghidupkan sunnah barat,
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini,
Susah untuk kita temui,
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan,
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan,
Yang ada hanya,
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur,
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini,
Susah untuk kita temui,
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan,
Menjadikan nasyid nyayian harian,
Menjadikan selawat ucapan kelaziman,
Yang ada hanya,
Artis di jadikan bahan pujaan,
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan,
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini,
Susah untuk kita temui,
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampr,
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail,
Menangis cemas mengenangkan saat kematian,
Merintih sayu mengenangkan persediaan,
Yang ada hanya,
Yang panjang angan-angan,
Mengumpul dunia kerja seharian,
Seolah kematian itu sangat jauh,
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Thursday 29 December 2011

cinta

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanahyang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji....