Thursday 22 March 2012

kenapa perlu bertudung


Saya dah letih
Letih sebab apa
Dengan semua orang yang bercakap tentang saya
Siapa?
Macam perempuan itu. Setiap kali saya duduk dengannya, dia suruh saya pakai tudung
Oh.. itu kan perkara biasa. Tudung selalu menjadi topik utama
Yeah, saya pun selalu mendengar tentangnya
Lagipun, kan elok kalau awak bertudung
Siapa kata?
Ia ada disebut dalam Al-Quran kan?
Ya, dia pun kata begitu. Dia kata, dalam surah An-Nur
..dan juga dalam surah-surah lain
Ya, tapi itu bukanlah dosa besar, bantu apa yang mereka mahu lebih penting
Betul tapi setiap dosa besar bermula dari dosa kecil
Memangla, tapi apa yang kita pakai itu tidak penting, yang penting adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci
Habis tu, kenapa awak habiskan masa berjam setiap pagi untuk bersolek? Awak habiskan banyak Wang untuk alat solek, itu tak termasuk belanja terapia rambut dan diet awak.
Tapi saya tak suka pakai tudung, ia merampas kebebasan saya!
Habis tu losyen dan alat solek buat awak bebas? Apa makna kebebasan bagi awak?
Kebebasan adalah melakukan apa sahaja yang kita suka
Salah. Kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan apa yang orang kata
Saya lihat ramai yang tak pakai tudung dan mereça itu baik, dan ramai yang pakai tudung tapi mereka itu jahat
Habis itu, kalau yang baik dengan awak itu kaki botol, adakah awak juga akan jadi kaki botol?
Saya tak nak fanatik, saya dah ok dan tak perlu pakai tudung.
Maknanya awak fanatik pada secular dan ekstremis yang ingkar kepada perintah tuhan?
Awak tak faham, kalau saya pakai tudung siapa yang nak kahwin dengan saya?
Habis, orang yang pakai tudung tak pernah kahwin?
Ok, kalau saya kahwin, dan suami tak suka saya pakai tudung?
Lelaki yang tidak patuh perintah ágama tidak patut dikahwini.
Siapa nak ambil saya bekerja?
Tentulah syarikat yang hormat pada pekerja mereka seadanya
Kenapa awak nak berkira sangat hal ágama yang hanya melibatkan secebis pakaian?
Kenapa awak pelecehkan wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstick mereka?
Kamu tak menjawab soalan saya.
Saya dah jawab, Tudung bukan setakat sehelai pakaian ia adalah perintah, ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi untuk setiap wanita, tapi baju pendek, dan seluar ketat?
Itu fesyen. Kenyataanya, tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita.
Bagaimana pula dengan wanita yang melawan suami mereka kerana ingin memakai tudung dan wanita dan rakan mereka yang dipaksa menanggalkan tudung oleh lelaki? Apa pandangan awak?

No comments:

Post a Comment