Thursday 22 March 2012

PERGAULAN

 Sebahagian besar masyarakt kita, termasuk orang-orang yang bertugas sebagai guru agama, seringkali meringankan pergaulannya dengan orang yang bukan mahramnya. Sehingga sering terjadi khalwat yang diharamkan dengan ala-ala konsultasi agama, meminta fatwa, atau belajar mengaji.

  Rasulullah SAW memperingatkan bahawa berduaan dengan orang yg bukan mahram merupakan saranan syaitan untuk merosakkan keimanan seseorang. Larangan ini terjadi utk semua orang yg tidak mengenal usia atau ilmu seseorang. Sesiapa yg merasakn bahawa ia tidak terkeluar drpd larangan ini, itu menunjukkan kejahilannya terhadap syariat agama Islam

Ubadah bin Shamit, seorang sahabat Nabi SAW yg tinggi ilmunya dan sudah tua, berkata tntg dirinya, "Tidakkah kamu melihat bahawa aku selalu berjalan sambil dipapah, hanya makan makanan yg telah dilembutkan, dan kemaluanku telah lama mati. Namun begitu, aku tetap tidak suka berkhalwat dengan seorang perempuan yang tidak halal bagiku, meskipun dibayar dengan seisi dunia. Ini kerana aku khuatir suatu sat, syaitan datang lalu menggerakkannya kembali".

Pendek kata,dosa sekecil mana pun merupakan pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Terserah kepada kita, adakah akan membiarkan pintu itu sentiasa terbuka atau segera menutup serapat-rapatnya????

No comments:

Post a Comment